![]() Monday, 12 December 2016 • Monday, December 12, 2016 • 0 comments بسم الله الرحمن الرحيم
اللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد
Muhammad, Rasulku,
Nabiku, Kesayanganku,
Siddiq, Amanah, Tabligh, Fathonah,
Kaulah susuk tubuh yang tidak pernah lelah menyampaikan cintaNya kepada ummah,
Cintamu kepada ummah telah kau buktikan dengan pengorbananmu,
Yang telah disaksikan oleh dunia dan seisinya.
Adakah hanya dengan menyambut mauludmu?
Apakah erti menyambut mauludmu?
Dikala ummah meraikan mauludmu dengan perarakan,
Forum, ceramah mahupun selawat perdana,
Kutetap menerawang jauh mencari erti hari ini padamu,
Apakah itu yang kau mahu?
Kekasihku,
dalam perjalananku mengenali dirimu dengan lebih mendalam,
persoalan yang kian timbul setiap kali menjelang mauludmu akhirnya terjawab.
Apa yang kau mahukan daripada kamu, ummahmu
Sebenarnya adalah hakikat cinta sejati bukan?
Mereka yang bukan sahaja mengekspresikan cinta yang kian membara dibibir,
Kau tidak mengharapkan itu sekadar dibibir bukan?
Apa yang kau mahu selain itu adalah dengan menafsirkan cinta kepadamu dalam bentuk amal,
Dalam setiap perbuatan kami bukan?
Ya, kini aku yakin bahawa makna mencintaimu sepenuh jiwa dan raga
Adalah dengan mengikuti dan menghayati apa yang kau tunjukkan kepada kami
Dalam setiap aspek kehidupan kami,
Seterusnya mempersembahkan cinta tersebut kepada yang Maha Agung.
Kerana akhirnya kau dan aku adalah hambaNya,
Dan aku sangat mendambakan untuk bersamamu di Firdaus kelak,
اللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد
Ya Rasulallah Al-Mahbubah,
Ketahuilah, bahawa aku sangat merinduimu.
Zainab A.
4:29pm,
12/12/2016
Ardhul Malizia,
|
Empunya Empayar ♥
Jazakumullahu khoir for coming!^^
![]() WelcomeAhlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum!^^ Just a blog sharing about Islam, da'wah, tarbiyyah, humanitarian and nonsense-talking. Any ideas? Feel free to drop a comment! Thanks for dropping by :) Enjoy your stay (^^,) Kotak Menjerit
Spray your ideas here :)
La' Tahzan! ♥
Jangan bersedih!
![]() Allah tahu betapa engkau sedaya upaya mencuba, Apabila tangisanmu berpanjangan dan hatimu dalam kedukaan, Allah mengira setiap titisan air matamu, Apabila engkau rasa hidup ketinggalan dan masa telah meninggalkanmu, Ingatlah... Bahawa Allah masih setia di sisimu... :) Credits ♥
Arigatou Gozaimasu
![]() Basecode:Masterly Elmo Template:Izyanyancinnamon Other help:B L O G S K I N Best View:Google Mozilla Owner blog: Seorang khalifah & seorang dai'e |