Copyright : Twinkling Star





File 38: Persembahan Cinta Yang Agung
Monday 12 December 2016 • Monday, December 12, 2016 • 0 comments

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد  
Muhammad, Rasulku,
Nabiku, Kesayanganku,
Siddiq, Amanah, Tabligh, Fathonah,
Kaulah susuk tubuh yang tidak pernah lelah menyampaikan cintaNya kepada ummah,
Cintamu kepada ummah telah kau buktikan dengan pengorbananmu,
Yang telah disaksikan oleh dunia dan seisinya.


Seringkali kuterfikir bagaimana caranya untuk kumeningkatkan cintaku padamu?
Adakah hanya dengan menyambut mauludmu?
Apakah erti menyambut mauludmu?
Dikala ummah meraikan mauludmu dengan perarakan,
Forum, ceramah mahupun selawat perdana,
Kutetap menerawang jauh mencari erti hari ini padamu,
Apakah itu yang kau mahu?

Kekasihku,
 dalam perjalananku mengenali dirimu dengan lebih mendalam,
persoalan yang kian timbul setiap kali menjelang mauludmu akhirnya terjawab.
Apa yang kau mahukan daripada kamu, ummahmu
Sebenarnya adalah hakikat cinta sejati bukan?
Mereka yang bukan  sahaja mengekspresikan cinta yang kian membara dibibir,
Kau tidak mengharapkan itu sekadar dibibir bukan?

Apa yang kau mahu selain itu adalah dengan menafsirkan cinta kepadamu dalam bentuk amal,
Dalam setiap perbuatan kami bukan?
Ya, kini aku yakin bahawa makna mencintaimu sepenuh jiwa dan raga
Adalah dengan mengikuti dan menghayati apa yang kau tunjukkan kepada kami
Dalam setiap aspek kehidupan kami,
Seterusnya mempersembahkan cinta tersebut kepada yang Maha Agung.
Kerana akhirnya kau dan aku adalah hambaNya,
Dan aku sangat mendambakan untuk bersamamu di Firdaus kelak,
 
اللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد
Ya Rasulallah Al-Mahbubah,
Ketahuilah, bahawa aku sangat merinduimu.


Zainab A.
4:29pm,
12/12/2016
Ardhul Malizia,

File 37 : SABAR dalam kehidupan
Thursday 4 August 2016 • Thursday, August 04, 2016 • 0 comments

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaykum semua! Fuh...mmg dah bersawang, berhabuk semualah blog ni..
Setelah sekian lama menyimpan niat nak menulis balik diblog tapi asyik tak kesampaian..
alhamdulillah hari ni berkesempatan lah nak share sedikit. 

S . A . B . A . R

Tengok tajuk pun boleh menyentapkan hati ni huhu. Penulis bukanlah orang yang sangat tinggi sabarnya tetapi tetap berusaha dan menyimpan hasrat untuk mempunyai kesabaran yang menggunung. Ok, camni ceritanya...Pada tarikh 28 April yang lepas, alhamdulillah penulis dapat mendengar Jilsah Ruhiyyah daripada Ustaz Abdul Rahman Al-Hakim bin Abdul Jalil. Tajuk Jilsah adalah tentang "SABAR DALAM KEHIDUPAN". Mula-mula tengok poster, "zaaap!!" terasa di hati. #deepsyadid huhu. Tapi, disebabkan berazam nak perbaiki diri,
penulis pun dengan semangat sertai majlis ilmu ini. Selamat membaca! :D

Sabar sebenarnya adalah asal kepada akhlak. Akhlak2 lain sebenarnya adalah cabang-cabang daripada sabar. Ada kajian oleh seorang pengkaji tentang akhlak-akhlak Islam, mengatakan antara negara-negara yang mengamalkan sabar ni  adalah Iceland, Norway,  Sweden dan Jepun. Malaysia ditangga yang ke 33. Kenapa ni terjadi? Penulis taknak ulas panjang sebab rasanya masing-masing tahu apa puncanya huhu. Jadi marilah kita berusaha untuk perbaiki diri kita.

Sabar dari segi bahasa bermaksud menahan.
Istilahnya pula bermaksud menahan diri dalam melakukan sesuatu atau meninggalkan sesuatu perkara semata-mata mencari keredhaan.

Sesiapa yang sabar tetapi tidak sendarkan kepada Allah, tidak dapat pahala tetapi diampunkan dosa. 

Jenis-jenis sabar:


Sabar sebenarnya adalah kunci untuk dunia & akhirat. Tak percaya? Allah dah sebut dalam Al-Quran pada beberapa tempat. Antaranya:
"Mereka itu akan diberi balasan dengan tempat yang tinggi (dalam syurga) atas kesabaran mereka, dan di sana mereka akan disambut dengan penghormatan dan salam." 
[Surah Al-Furqan:75]
"Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabarannya (dengan) syurga dan (pakaian) sutera." 
[Surah Al-Insan:12]
" Dan orang yang sabar kerana mengharap keredhaan Tuhannya, mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang itulah yang mendapat tempat pengakhiran (yang baik). (iaitu) syurga-syurga 'Adn, mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang-orang yang soleh daripada nenek moyangnya,pasangan-pasangannya dan anak cucunya, sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka daripada semua pintu; *(sambil mengucapkan), "Selamat sejahtera atasmu kerana kesabaranmu." Maka alangkah nikmatnya tempat pengakhiran itu."
[Surah Ar-Ra'd:22-24]:

Fuhh. 
Salam daripada Malaikat tu!  
Dapat penghormatan...cuba bayangkan kalau di dunia, bila seseorang dapat penghormatan, orang lain semua akan pandang tinggi. Tapi nikmatnya dapat penghormatan di akhirat takde pun perasaan takabbur tu... Disambut pulak tu... Betapa besarnya ganjaran orang yang bersabar kerana sabar itulah yang paling susah untuk dilaksanakan..

 Okay. Sekarang kita ke peringkat2 sabar pulak. Sabar pun ada peringkat ye, sepertimana org melayu selalu laung-laungkan "Aku dah bersabar tahap xigt dh ni," atau "Sabar, sabar aku pun ada batasnya!!"
Walaupun sebenarnya tidak ada pun limit kepada kesabaran.

Peringkat sabar ni terbahagi kepada dua:
1. Fizikal
2. Jiwa (spiritual)

Daripada dua ni pulak, ada pecahannya lagi kepada boleh pilih dan terpaksa.  Faham ka? Jangan pening dulu!
Takpe takpe, kita pergi ke Sabar peringkat Fizikal dahulu.

Sabar peringkat Fizikal:
1. Boleh pilih; camne tu? Maksudnya kita sendiri boleh pilih nak sabar atau tidak. Contohnya: Boleh pilih nak naik tangga atau naik lif.
2. Terpaksa; camne pulak? Maksudnya, nak taknak, memang kena sabar. Contohnya: Masa kita tengah syok naik tangga, tiba-tiba terjatuh (dan sakit), maka nak taknak kita terpaksa sabar dengan kesakitan tu.

Okay, do you get it now?
Camne pulak dengan sabar peringkat jiwa(spiritual)??

Sabar peringkat Jiwa (Spiritual) juga terbahagi kepada dua:
1. Boleh pilih; sama maksud macam sabar peringkat fizikal tadi...tapi bezanya bukan pada fizikal. Contohnya: Tahan diri daripada melakukan kemungkaran
2. Terpaksa; maksudnya masih sama macam sabar peringkat fizikal, tapi bezanya juga bukan pada fizikal. Contohnya: Kehilangan orang yang tersayang. Nak tak nak kita terpaksa sabar juga.     


Sabar yang dipilih lagi tinggi daripada sabar yang terpaksa. 
Sebab kita diberi pilihan sama ada nak sabar atau tak. 

Dikatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa sabar itu yang masa pertama kali kena (nanti penulis kena cari matannya dan riwayat siapa)

Dalam Al-Quran ada disebutkan bahawa antara sifat-sifat 'ibadurrahman (Hamba-hamba Ar-Rahman) ialah berjalan diatas bumi dengan keadaan yang tenang dan rendah hati. Contohnya: Al-Quran ada cerita tentang macam mana nak bersabar apabila di "provoke" oleh orang yang ada akal tetapi tidak guna akalnya, 'ibadurrahman itu "Qooluu Salaamaa" (mengambil pendekatan yang selamat; seperti mengalah/memaafkan).

Huuna atau maksudnya tenang(/self control) adalah sifat no.1 'Ibadurrahman.
Manakala sifat no.2 'ibadurrahman pula ialah bangun tahjjud malam.

Allah berfirman dalam Al-Quran:
"Maka bersabarlah engkau (Muhammad) sebagaimana kesabaran 
rasul-rasul yang memiliki keteguhan hati (Ulul 'Azmi)....." [Surah Al-Ahqaf:35]  

Antara nabi-nabi ulul 'Azmi ialah:
1. Nabi Nuh a.s.
2. Nabi Ibrahim a.s.
3. Nabi Musa a.s.  
4. Nabi 'Isa a.s.
5. Nabi Muhammad s.a.w.  

Para anbiya' juga bersabar...sabar mereka lagi tinggi daripada kita.
Mungkin orang akan cakap "Eleehh.. tu nabi, memanglah!" .
Ya, memang para anbiya' lebih tinggi sabarnya daripada kita sebab ujian mereka jauh lebih berat daripada kita! Agak-agak kenapa Allah utuskan para anbiya' sebagai utusannya? Mestilah sebab untuk kita ikutinya. Huhu. Takpe, penulis faham buka mudah untuk bersabar, tapi sekurang-kurangnya kita cuba kan? :)
 Ada banyak contoh sirah para anbiya' tentang bagaimana sabarnya mereka. 

Kisah nabi Yusuf a.s. :
Kisah yang menceritakan tentang Nabi Yusuf a.s. yang dicampakkan dalam perigi dan ketika baginda digoda oleh isteri pembesar.

Kisah Nabi Nuh a.s. yang tinggal di Hijjaz:
Dikisahkan betapa lamanya Nabi Nuh a.s. hidup, tetapi hanya 84 orang sahaja yang beriman!    
 dan lain-lain...

Ada orang tanya ustaz, ada tak doa untuk bersabar
Ada.
Doa untuk bersabar adalah daripada Al-Quran itu sendiri 
"Innalillahi wa inna ilaihi roji'un..yang bermaksud "Sesungguhnya semuanya adalah milik Allah, dan semuanya akan kembali kepada Allah"
 Jadinya, jangan fikir yang lafaz ini hanya untuk kematian sahaja..malah doa ini adalah untuk bersabar.

"Setiap perkara ada batasnya kecuali sabar" 

Wallahu'alam..
Al-Khoir minAllah wasyarri minni. 

OLD
Empunya Empayar ♥
Jazakumullahu khoir for coming!^^


Welcome


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum!^^ Just a blog sharing about Islam, da'wah, tarbiyyah, humanitarian and nonsense-talking. Any ideas? Feel free to drop a comment! Thanks for dropping by :) Enjoy your stay (^^,)

Kotak Menjerit
Spray your ideas here :)


La' Tahzan! ♥
Jangan bersedih!


Apabila engkau letih dan hilang semangat dalam kemanisan amal,
Allah tahu betapa engkau sedaya upaya mencuba,
Apabila tangisanmu berpanjangan dan hatimu dalam kedukaan,
Allah mengira setiap titisan air matamu,
Apabila engkau rasa hidup ketinggalan dan masa telah meninggalkanmu,
Ingatlah...
Bahawa Allah masih setia di sisimu... :)

Credits ♥
Arigatou Gozaimasu

Pictures:Deviantart Artists
Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Seorang khalifah & seorang dai'e