Copyright : Twinkling Star





File 35 : Sudahlah, jangan mengeluh lagi :)
Monday, 30 September 2013 • Monday, September 30, 2013 • 0 comments
 
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sudah jangan mengeluh lagi... Bacalah Al-Quran :)
Kita selalu bertanya dan sebenarnya Allah sudah menjawabnya melalui surat cintaNYA (Al-Quran).

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Allah menjawab , “ Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ,” Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar , dan pasti mengetahui orang-orang yang berdusta. ” [Surah al-Ankabut , ayat 2-3]

Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Allah menjawab ,” ..Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. ” [Surah al-Baqarah , ayat 216]

Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?
Allah menjawab ,” Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ” [Surah al-Baqarah, ayat 286]

Kita bertanya : Kenapa kita rasa frustasi?
Allah menjawab ,” Dan janganlah kamu (merasa) lemah , dan janganlah (pula) kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman. “ [Surah Ali Imran , ayat 139]

Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya?
Allah menjawab ,” Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan mengerjakan solat , dan sesungguhnya (solat) itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. ” [Surah al-Baqarah ayat 45]

Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?
Allah menjawab,” Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripadanya. Hanya kepadanya aku bertawakal. ” [Surah at-Taubah, ayat 129]

Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Allah menjawab ,” Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.. ” [Surah at-Taubah , ayat 111]

Kita berkata : Aku tak tahan!
Allah menjawab ,” ....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir. ” [Surah Yusuf , ayat 87]

Kita berkata: Sampai bila aku akan merana begini
Quran menjawab,” Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. “ [Surah al-Insyirah, ayat 5-6]

La' Tahzan, InnAllaha Ma'ana (^^,)
Jangan pernah kita berputus asa terhadap rahmat Allah kerana sesungguhnya rahmatNYA sangat meluas melebihi langit dan bumi :)

Fighting! Bittaufiq wan Najah!

Wallahu'alam

OLDNEW
Empunya Empayar ♥
Jazakumullahu khoir for coming!^^


Welcome


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum!^^ Just a blog sharing about Islam, da'wah, tarbiyyah, humanitarian and nonsense-talking. Any ideas? Feel free to drop a comment! Thanks for dropping by :) Enjoy your stay (^^,)

Kotak Menjerit
Spray your ideas here :)


La' Tahzan! ♥
Jangan bersedih!


Apabila engkau letih dan hilang semangat dalam kemanisan amal,
Allah tahu betapa engkau sedaya upaya mencuba,
Apabila tangisanmu berpanjangan dan hatimu dalam kedukaan,
Allah mengira setiap titisan air matamu,
Apabila engkau rasa hidup ketinggalan dan masa telah meninggalkanmu,
Ingatlah...
Bahawa Allah masih setia di sisimu... :)

Credits ♥
Arigatou Gozaimasu

Pictures:Deviantart Artists
Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Seorang khalifah & seorang dai'e