Copyright : Twinkling Star





File 32 : Untukmu, para pejuang & pewaris bumi Anbiya'
Friday, 16 August 2013 • Friday, August 16, 2013 • 0 comments

(Credit: Ainosora@Deviantart)

Khas buat kalian yang berada di bumi yang diberkahi, bumi Syam..
Akhi, ukhti, janganlah kalian merasa sedih,
Kerana Tuhan kita, Allah telah menjanjikan syurga buat kalian,
Sapulah air matamu, tetapkanlah hati-hatimu di jalanNYA, 
Janganlah kalian bersedih,
Kerana aku juga merasa sedih, bahkan aku lebih sedih, 
Sedih kerana aku tiada berguna, 
kerana aku hanya mampu membantu kalian dari jauh,
Wahai ummi, wahai abi, 
janganlah kalian ragu-ragu terhadap jalan juang ini,
Hantarlah anak-anak kalian
tanpa rasa gentar dan ragu-ragu di jalan ini, 
Jalan yang tiada ragunya
Jalan Para Anbiya' 
Jalan Para Sahabat
Jalan Para Syuhada'
Ya, itulah jalan-jalan yang diredhoiNYA
Wahai kakak-kakakku, wahai abang-abangku,
Teruslah berjuang menegakkan yang hak dan batil,
Teruslah mara ke hadapan, teruskanlah langkahmu ke hadapan,
Teruslah ke hadapan membantu menegakkan DeenNya,
Kerana sesungguhnya syahid menantimu..

Ah! 
Maafkan daku kerana mempunyai perasaan ini, 
perasaan cemburu yang melampau,
Sungguh! 
Aku sangat mencemburui jalan juang yang terbentang luas di hadapan kalian,
Aku sangat mencemburui kalian, 
kerana Allah telah memilih kalian sebagai pembela agamaNYA,
Aku sangat mencemburui kalian, 
yang dapat berjuang sepertimana para Rasul dan para Sahabat yang terdahulu berjuang,
kalianlah insan yang terpilih, kalianlah pewaris anbiya' ..
Kejamkah aku? Maafkan daku! 
Aku tidak mampu mengusir perasaan ini..
Wahai adik-adikku yang berseri-seri wajahnya, 
yang sentiasa riang gembira,
Janganlah kalian bersedih terhadap takdir Allah, 
janganlah kalian bersedih atas kehilangan ibu bapamu yang syahid menemuiNYA,
ketahuilah wahai adik-adikku yang ku sayangi kerana Allah,
mereka tidak mati di sisi Allah,
 bahkan mereka hidup di sisi Allah, 
Jangan khuwatir adik-adikku sayang, 
ibu bapamu kini sedang tersenyum gembira, 
hidup aman dan sentosa tanpa ada tentera dan samseng yang membuli mereka,
mereka hidup bahagia di sisi Allah, 
bahkan mereka kini sedang menunggu kalian di taman-taman syurga nan indah..

Adik-adikku..
Kakak-kakakku..
Abang-abangku..
Ibu-ibuku..
Ayah-ayahku..
Usaplah! Usaplah! Usaplah air matamu yang berlinang..
Jangan sekali-kali kalian merasa tewas,
tewas terhadap syaiton laknatullah serta sekutu-sekutunya,
Bersabarlah, bersabarlah, bersabarlah..
Bukankah sabar itu cantik dan sebahagian daripada iman?
Ketahuilah saudara-saudara seagamaku,
Bahawa kalian berada di jalan yang benar.. 
jalan yang diredhoiNYA,
Oleh itu, 
jangan sekali-kali kalian gentar dan takut terhadap musuh-musuh Allah,
Yakinlah! Yakinlah! Yakinlah!
bahawa kemenangan Islam itu adalah pasti 
dan tiada sesiapa mampu menghalangnya

Wahai saudara-saudaraku, 
Janganlah kalian lupa bahawa Allah sentiasa bersama kalian ..
Ingatlah, ingatlah, ingatlah!
Allah tidak pernah jemu dan lupa mendengarkan rintihan-rintihan kalian,
Allah sangat menyayangi kalian, Allah sangat rindukan kalian,
Allah pasti akan menurunkan bantuanNYA dari segenap penjuru mahupun langit dan bumi,
untuk para kekasihNYA, para kekasih yang dahagakan cintaNYA,
dan aku yakin kalian adalah antara kekasih-kekasihNYA yang Dia cintai..

Wahai saudara-saudaraku,
Janganlah kalian merasa futur terhadap rahmat Allah
kerana kasih sayangNYA sangat luas melebihi luasnya langit dan bumi
Sesungguhnya Allah itu,
sangat dekat denganmu daripada urat darahmu,
Allah, kekasihku dan kekasihmu,
 pasti akan membantu hamba-hambaNYA yang berusaha keras mengakkan agamaNYA..
Allahku dan Allahmu, 
Pasti bangga dengan usaha-usaha kalian..
Kerana Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Dialah sebaik-baik Pengatur..
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

(Caption: Pray for Surriah(Syria))

Uhubbukum fillah jiddan abadan abada insya-Allah fill Jannah,
Saudaramu khalifah yang menyinar,
Insya-Allah,
15 Ogos 2013,
11.56 malam,
Selanjur, Maliziya.

OLDNEW
Empunya Empayar ♥
Jazakumullahu khoir for coming!^^


Welcome


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum!^^ Just a blog sharing about Islam, da'wah, tarbiyyah, humanitarian and nonsense-talking. Any ideas? Feel free to drop a comment! Thanks for dropping by :) Enjoy your stay (^^,)

Kotak Menjerit
Spray your ideas here :)


La' Tahzan! ♥
Jangan bersedih!


Apabila engkau letih dan hilang semangat dalam kemanisan amal,
Allah tahu betapa engkau sedaya upaya mencuba,
Apabila tangisanmu berpanjangan dan hatimu dalam kedukaan,
Allah mengira setiap titisan air matamu,
Apabila engkau rasa hidup ketinggalan dan masa telah meninggalkanmu,
Ingatlah...
Bahawa Allah masih setia di sisimu... :)

Credits ♥
Arigatou Gozaimasu

Pictures:Deviantart Artists
Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Seorang khalifah & seorang dai'e