Copyright : Twinkling Star





File 28 : Allah rindu mendengarkan rintihan hambaNYA
Friday, 12 July 2013 • Friday, July 12, 2013 • 0 comments
وَلا تَهِنوا وَلا تَحزَنوا وَأَنتُمُ الأَعلَونَ إِن كُنتُم مُؤمِنينَ
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (3:139)

Sedih. Sedih. Sedih. Sedih sangat. Macam-macam perkara yang berlaku dalam tempoh pendewasaan hambaMu ini. Semalam bila dilanda satu ujian yg sangat besar, bagaikan hatiku di corek-corek, di hiris-hiris. Sedih apabila tidak mendapat memasuki sesuatu institusi, lagi sedih bila hambaMu ini teringatkan kembali segala peluh keringat ibuku yang berusaha sedaya upaya untukku tetapi mendapat keputusan yang sebegitu rupa. Apabila teringatkan, terkenangkan, usaha ibuku yang sememangnya tidak mengenal erti penat lelah, dengan sakitnya, hati daku meruntun sayu, apakah daya hambaMu ini, Ya Allah? HambaMu ini tidak mampu berbuat apa-apa, hanya mampu melihat dan merintih padaMu, Ya Robb. Hati ini bagaikan diremuk-remuk apabila mendapat lagi satu ujianMu. Tiada kata-kata yang mampu ku ucapkan erti kesedihan ini. Tetapi, daku percaya padaMu ya Allah, segalanya berlaku pasti ada hikmahNYA, seandainya daku tergolong dalam orang-orang yang mengambil pengajaran. Ku fikirkan kembali, ku renungkan kembali, Allah menguji ku bukannya sia-sia, Allah sebenarnya sedang men-tarbiyyahkan diriku, diriku, agar daku tergolong dalam kalangan orang-orang yang bersabar. Sebenarnya Dia mengujiku kerana Dia mahu aku dekat padaNYA..Dia rindukan rintihanku..Ya Allah, aku sangat merinduiMu..bukankah kerana Kau sayangkan padaku, lalu diberikan kepadaku ujian ini? Ya Allah, aku memohon ya Allah, agar ujianMu ini adalah bukti cinta dan kasihMu padaku..bukannya salah satu cara Kau tunjukkan murkaMu..Ya Allah, Yang Maha Menerima Taubat, ampunilah aku, ampunilah aku, ampunilah aku.. T_____T Ya Allah, Ya Rahim, Ya Rahman, sessungguhnya padaMu lah daku meminta pertolongan, padaMu lah daku merintih dan mengadu..Ya Allah, dengarkanlah doaku ini, janganlah Engkau biarkan daku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim terhadap diri sendiri. Ya Tuhanku, Yang Maha Mendengari lagi Maha Mengasihani, janganlah Engkau membiarkan daku sendirian, sesungguhnya daku tidak sanggup untuk menghadapi MurkaMu...Ya Allah, Yang Maha Penerima Taubat, maafkanlah segala dosa-dosa aku, sama ada yang aku sedar ataupun yang aku tidak sedar, Kau maafkanlah segala dosa ibu bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku ketika aku kecil...Ya Allah, janganlah Kau lepaskan ikatan iman daku padaMu, kau kuatkanlah hatiku ini, kau tambahkanlah imanku padaMu, ya Allah..Jangan biarkan daku leka, jangan biarkan daku tidak mempercayai pada Qada' dan Qadarmu, Na'uzubillah! Kuatkanlah hambaMu yang hina dan lemah ini...Ya Rahman, Ya Rahim...Yang Maha Menguasai Hari Pembalasan..Ketahuilah bahawa aku sangat mendambakan cintaMu ... Berikanlah yang terbaik buat hambaMu ini, perkenankanlah doaku, lembutkanlah hati kedua orang tuaku..Ya Allah, sesungguhnya Kaulah yang Maha Mengasihi lagi Maha Penyayang..Aameen..Aameen..Ya Robbal 'Alamin..kerana...aku yakin dengan ayat cintaMu ini ya Allah..bahawa dengan mengingatiMu, hatiku akan lebih tenteram... T^T I love you, O Allah!!
الَّذينَ ءامَنوا وَتَطمَئِنُّ قُلوبُهُم بِذِكرِ اللَّهِ ۗ أَلا بِذِكرِ اللَّهِ تَطمَئِنُّ القُلوبُ
"Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (13:28)

OLDNEW
Empunya Empayar ♥
Jazakumullahu khoir for coming!^^


Welcome


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum!^^ Just a blog sharing about Islam, da'wah, tarbiyyah, humanitarian and nonsense-talking. Any ideas? Feel free to drop a comment! Thanks for dropping by :) Enjoy your stay (^^,)

Kotak Menjerit
Spray your ideas here :)


La' Tahzan! ♥
Jangan bersedih!


Apabila engkau letih dan hilang semangat dalam kemanisan amal,
Allah tahu betapa engkau sedaya upaya mencuba,
Apabila tangisanmu berpanjangan dan hatimu dalam kedukaan,
Allah mengira setiap titisan air matamu,
Apabila engkau rasa hidup ketinggalan dan masa telah meninggalkanmu,
Ingatlah...
Bahawa Allah masih setia di sisimu... :)

Credits ♥
Arigatou Gozaimasu

Pictures:Deviantart Artists
Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Seorang khalifah & seorang dai'e