Copyright : Twinkling Star





File 22 : Palestine (II)
Friday, 5 November 2010 • Friday, November 05, 2010 • 0 comments
Assalamu'alaikum !
Waaahh! Sudah lebih kurang 2 bulan saya tidak update blog,
Alhamdulillah that
exam telah tamat (dah lama rasanya ! haha :P)
Anyway, seperti yg saya janjikan, saya akan sambung entri tentang Palestine (^^,)
Kenapa Palestine tu penting sangat & selalu dapat
tumpuan+perhatian umat Islam sepangjang zaman?

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :
"Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam lainnya. Oleh itu tidak boleh menzaliminya, membiarkannya dalam kehinaan, mendustainya atau menghinanya." (HR Muslim)


Dari hadith di atas, apa yang boleh dibuat konklusi ialah setiap umat Islam bersaudara.
Adalah satu dosa ke atas umat Islam jika membiarkan saudaranya seagama dizalimi atau berada dalam kehinaan. Mereka wajib membantu dan membawanya keluar dari kezaliman dan kehinaan.
Tentu sekali mereka itu termasuk saya !


Untuk Makluman :
MASJID AL-AQSA TERLETAK DI TANAH PALESTINE



Selain itu, ada beberapa faktor yang mengukuhkan
lagi mengapa Masjid Al-Aqsa itu penting :-

PERTAMA


Nabi Muhammad s.a.w. pernah buat isra' & mi'raj di
Masjid al-Aqsa,Palestine macam Al-Quran telah sebutkan :
"Mahasuci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari al-Masjidil Haram ke al-Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..." (Al-Isra': 1)

KEDUA

Masijd al-Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam.
Rasulullah telah mendirikan solat di Madinah dengan menghadapkan Masijidil Aqsa selama 6 tahun !
KETIGA
Masjidil Aqsa merupakan tanah haram yang ke-3.
KEEMPAT

Banyak kelebihan Masijd al-Aqsa & Palestine. Antranya :
1. Dalam Sahih Muslim ada menyebutkan: Abu Zar berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai masjid yang pertama di muka bumi ini. Rasulullah s.a.w. menjawab: "Masjidil Haram." Kemudian aku bertanya: Kemudian masjid apa? Baginda s.a.w. menjawab: "Masjidil Aqsa."

2. Diriwayatkan dari Umar al-Khattab r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Tidak diberatkan berziarah/perjalanan melainkan ke tiga buah masjid, iaitu masjidku, Masjidil Haram dan masjidil Aqsa. (HR Bukhari dan Muslim)

3. Diriwayatkan oleh Abu Bakr bin Syaibah dari Abi al-Zahriyah, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Benteng kaum muslimin dari pertumpahan darah adalah Damsyiq, benteng mereka dari Dajjal adalah Baitul Maqdis dan benteng mereka dari Ya'juj dan Ma'juj adalah al-Thur."

4. Allah telah memuliakan bumi Palestine sebagai markaz atau pusat para nabi dan rasulNya.

5. Kerana kemuliaan Baitul Maqdis, ketika ia ditundukkan saidina Umar al-Khattab r.a. telah pergi sendiri ke sana untuk
menerimanya, sedangkan beliau tidak berbuat demikian terhadap Mada'in dan Mesir.

5. Terdapat banyak kitab-kitab yang telah disusun oleh para ulamak mengenai fadhilat Masjidil Aqsa, antaranya ialah
Fadha'il al-Quds oleh Imam Ibnu Jauzi, al-Uns Fi Fadha'il al-Quds oleh Ibnu Hibatullah al-Syafi'I, Muthir al-Gharam Bi Fadha'il
al-Quds oleh Ibnu Surur al-Muqaddasi, Ba'ith al-Nufus Ila Ziarah al-Quds al-Syarif oleh Ibnu Qadhi dan banyak lagi.







Rujukan :
Ibu Ayah,
Mu'allim & Mu'allimah,
al-ahkam,
Zawalu Isra'il Hatmiyah Quraniyah,
Syeikh As'ad Bayudh al-Tamimi
Yas'alunaka Fiddin Wal Hayah,
al-Syarbasyi Nurul Yaqin,
Syeikh Muhammad al-Khudari

OLDNEW
Empunya Empayar ♥
Jazakumullahu khoir for coming!^^


Welcome


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum!^^ Just a blog sharing about Islam, da'wah, tarbiyyah, humanitarian and nonsense-talking. Any ideas? Feel free to drop a comment! Thanks for dropping by :) Enjoy your stay (^^,)

Kotak Menjerit
Spray your ideas here :)


La' Tahzan! ♥
Jangan bersedih!


Apabila engkau letih dan hilang semangat dalam kemanisan amal,
Allah tahu betapa engkau sedaya upaya mencuba,
Apabila tangisanmu berpanjangan dan hatimu dalam kedukaan,
Allah mengira setiap titisan air matamu,
Apabila engkau rasa hidup ketinggalan dan masa telah meninggalkanmu,
Ingatlah...
Bahawa Allah masih setia di sisimu... :)

Credits ♥
Arigatou Gozaimasu

Pictures:Deviantart Artists
Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Seorang khalifah & seorang dai'e